Nuffnang Ads

Followers

scm music playlist

Tuesday, December 18, 2012

Insan


aku hanyalah seorang manusia biasa
yang ingin bergelar insan
bukan hanya manusia mahupun orang
kerna pengertian insan itu sendiri

aku tahu aku bukan yang terbaik
namun ku cuba menjadi lebih baik
ku cuba bawa diriku ke arah yang lebih baik
aku tahu banyak d0saku
aku tahu benyak kejahatan yang telah ku perbuat

namun demi menjadi seorang insan
aku cuba untuk berubah..
sedikit demi sedikit..
payah..
memang tersangat payah
kerna adakala aku goyah
aku cuba untuk terus istiqomah
namun kadangkala aku tergelincir
lari dari landasan itu

bila ku sedari ku tersalah arah
ku cuba banngkit kembali
dari mimpi indah yang menghanyutkan
kerna aku ingin berubah..

aku ingin diriku manjadi seorang manusia yang berguna
yang baik dari segala aspek
ayang layak untuk bergelar insan
bukan kerana aku ingin menonjolkan diri
tapi cukup buatku sendiri
kerna ku ingin menjadi seorang insan..
dan ku akan buktikannya...

Insya'Allah...
suatu hari nanti..
mudah-mudahan tercapai hendaknya
dengan Izin dari Yang Maha Esa
Ya Rabbul Izzati...

Monday, December 10, 2012

Tangisan dan rintihan hatiku


apakah salahku...
sesungguhnya ku tidak pinta jadi begini
ku tidak menginginkannya
namun ku terima semuanya..
ku terima seadanya..
ku redha dengan ketentuannya

aku lahir dengan kelainan
kekurangan yang besar
berbeza dari insan lain
namun itu bukan pintaku

ku relakan semuanya
ku telan semua rasa itu
keperitan dan kepahitannya
cukuplah...
aku sedar akan kenyataan itu
aku bukan di alam fantasi
ku tahu itu adalah realiti
sebuah hakikat yang pasti

namun bagiku itulah takdir terindah..
aku masuh disini
masih bernafas di bumi indah ini
biarpun ku terpaksa menempuhi onak duri

salahkah aku??..
aku juga insan biasa
punya hati dan perasaan
tidak perlulah aku dicemuh dan dihina
hanya kelemahan diriku..
tidak jua ku perlukan simpati itu
cukup cuma ajari aku
ajari aku menjadi insan berdikari


pedih dan pahit itu terpaksa kutelan
kadang-kala ku tidak bisa mengempang rasa itu
lantaran terlalu bisa
menyengat dan mengguris luka yang dalam di hatiku
namun ku redha dengan ketentuannya

kerna sesungguhnya Ya Rabb lebih mengetahui
yang mana terbaik buatku
ku bersyukur dengan kurniaan-NYA
kerna ku tahu ini adalah jalan untukku

aku adalah aku
dan akan tetap terus begini
ku tahu kelemahanku
tidak perlulah kau hina

cukuplah dengan hanya sedikit empati
kerna aku adalah anak istimewa
anak yang dilahirkan dengan
sebuah kecacatan fizikal n mental
ku adalah anak cerebral palsy
lebih mudahnya aku terencat akal

bukan salah ibuku..
bukan jua salah ayahku...
namun ianya ketentuan terindah buatku
takdir terpilih buatku yang istimewa
terima kasih Tuhan di atas kurniaanmu ini..

pelangi indah sementara cuma



pelangi..
indahnya kerana harmoninya himpunan warna 
hadirnya selepas hujan..
dek biasan cahaya dan titisan air
berarak mendung berlalu..
menghadirkan sebuah kecantikan..
spektrum warna yang bisa membuatku terpaku
terpegun dan terbuai dalam keindahan..

terleka dengan keindahannya..

kekasih..
dikaulah pelangi hidupku
memberikan ku kebahagiaan biarpun sekejapan cuma..

mengurniakan aku sebuah cinta
nikmat kasih dan sayang

kau jua insan yang mengajarku tentang pelangi cinta
indahnya sebuah rasa, perasaan dan khayalan
kau jua yang menyedarkan aku akan sebuah hakikat
realiti dalam kehidupan..

kebenaran dalam kegelapan
cahaya dalam terang..
ribut dalam tenang
kerna dikaulah pelangi indah dalam hidupku

kerna sesungguhnya..
dirimu tidak tergapai olehku..
kerna dirimu terlalu jauh
terlalu jauh telah kau berlalu dari hidupku..
pergimu tanpa ku temui..


hadirmu hanya seketika..
kau berlalu pergi dariku tanpa jejak
menghilang bak pelangi indah itu
namun hadirmu membawa erti baru
membawa sebuah harapan bagiku

yang pasti indah itu pasti ada
dan kan hadir selepas badai yang melanda
membuatku terbuai dan terbelai 
dalam pelukan penuh kasih sebuah liku kehidupan

puisi hidupku...

kau hadir dalam hidupku..
membawaku ke satu sisi yang lain dalam hidupku
hadirmu bagaikan cahaya..
menyuluh hidupku..
membimbing dan mendidikku...
dalam mengenal apa itu ertinya sebuah cinta..
apakah itu kasih dan sayang..


kau jua yang mengajarku tentang rasa itu..
indahnya sebuah kerinduan,
peritnya sebuah penungguan,
namun buah kesabaran itu pastinya hadiah terindah buat kita


kau jua mengajarkan ku tentang hakikat sebuah kehendak..
yang hadir dalam diriku lantaran sebuah ketamakan
menghadirkan perasaan ingin memiliki dan dimiliki 
namun hanya dengan redha dan pasrah
barulah ianya kan tergapai..
meskipun sekiranya kau dan aku terpisah jauh..


lantas menyedarkanku tentang sebuah hakikat

realitinya sebuah kehidupan
tidak semuanya indah..
dan tidak semua kan kumiliki 
andai hanya itu j0doh kita..
andai tidak tersurat buat kita..

sekiranya itu kisah tertulis buat kita
janganlah kau mahupun aku membenci 

mahupun menyimpan dendam kesumat dihati..
tanamkan sebuah keikhlasan tuk melepaskannya pergi..


kerna ianya merupakan sebuah dendam kehidupan yang terindah..
lara yang terubat dengan kemanisan..
kedukaan yang membuahkan sebuah kemanisan..

kerna kau tetap engkau..
dan aku tetap diriku..
hadirnya mungkin hanya sebuah persinggahan..

bagai si musafir yang menghentikan pengembaraannya buat seketika..
bagi melepaskan lelah dan sesak yang timbul
lewat kepenatan dek melalui perjalanan yang panjang..


mungkin jua ianya sebuah perhentian yang kekal abadi
berlabuh di pelabuhan kasih yang tiada bertepian
di dalam redha Tuhan
dengan sebuah ikatan bahagia yang sah
dimulai dengan sebuah lafaz yang mengangkatku menjadi ratumu
namun di bawah lembayung barakah Yang Maha Esa

In Shaa Allah..
mudah-mudahan inilah kisah kita
kisah yang tercipta diantara kita...
m0ga ianya kekal menjadi milik kita :)

Saturday, December 8, 2012

pembunuh hati

mengapa harus ku tangisi
mengapa harus mutiara jernih itu menitis kernamu
mengapa aku harus merasainya
Ya Allah..
sakitnya dan peritnya sebuah pengkhianatan..
kenapa aku yang harus menjadi mangsa

dimanakah keperimanusiaanmu itu...
kepedihan itu merenggut sebuah kegembiraan..

kedukaan itu menenggelamkan sebuah kebahagiaan..
menghanyutkan aku ke sebuah daerah asing

kesakitan itu menusuk qalbuku
kesengsaraan itu membunuhku..
kepiluan itu bagaikan sembilu..
menghiris dan menikamku berkali-kali..
sememangnya kau membunuh hatiku..
tahniah buatmu
kau selayaknya digelar pembunuh cinta dan rasa dihatiku
pembunuh hati wanita..
peragut cinta..

Friday, September 28, 2012

sebuah rasa itu part 1

mungkinkah kan berubah,sebuah rasa itu..
hanya kerana itu pilhanmu..haruskah aku meredahinya...~~~ nk tggu sampai part ni lambat lagi la..c0z part satu ni juz k0ntot je,intro sal Ayra ni je


--------------------------------------------------------------------------------------


"Khayra...uitss,Ayra bangun la.Hang tak kerja ke hari ni Ayra?.
"Nina,aku x kerja hari ni.Aku kan kna kerja double shift semalam,nasib baik la hari ni day off aku.Aku tak larat sangat dh ni,nak tido"jawabku kepada Nina. Nur Hanina Qalesya ni housemate aku,umur dia baru je 25 tahun,belum berpunya,S&A..hehehe ade sape-sape nak jadi encik hubby Nina tak?. hahah dan dan je ye kau Ayra,sempat lagi menyimpang tuh. 

"Awat tak habaq kat aku Ayra,aku mana tau.Tak pe la,hang tido je la.Jangan lupa makan lak no..aku dah masak nasi goreng,nanti makan la"."Alamak..Ayra,aku dh lambat ni,aku p dula la na..mau mengaum cik singa sorang tu,dahla garang terlebih makan cabai k0t tu yang duk panas je..kbhaiiiii,assalamualaikum", kata Nina.

"Hahaha....naseb kau la Nina,ok wa'alaikumussalam, take care and drive safely my dear",balasku kepada Nina.


Lupa lak aku nak kenalkan dri aku ni..Ceeewaaaaaaaaaahhhhh,macam la aku ni femes sangat.Khayra Zafreena Batrisya nama yang atuk aku bagi,canggihkan??..Ape ingat orang dolu-dolu tak taw nak bagi nama canggih dan sedap je jadi halwa telinga???...Silap la k0rang kalau fikir camtu,atuk aku semp0i je bagi nama ni kat aku,kan Tuk Pa??..saaayaaaaaaaaaaang Tuk Pa.Rindu la pulak aku kat Tuk Pa . Takpe Tuk Pa,nantikan cucumu yang comel ni balik ye,Raya Haji ni Ayra balik..


Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa lak aku keje siap double-double shift  bagai kan??..Aku ni keje biasa2 je,orang pun tak nak hadap aku . Siap benci lagi ade la, nak-nak budak kecik coz salalu je nak cucuk korang kan,paksa korang makan ubat la . Aku ni nurse je pun . Jeerrr??.. yo yo ooo je kau ni Ayra , sekurang-kurangnya ade juga kerja. Ingat senang ke nak keje jadi misi ni,belajar pun bagai nak rak. 


ok,enough story morry sal aku ni,karang korang bosan lak...("mata ke atas,tangan didada") . Jom sambung tido...ZZZzzzzz...



--------------------------------------------------------------------------------------------------


kn dh cakap kontot je,jangan marah naa...kita buat sikit je dulu,lagipun kita dh berkarat la...dh lama x wat n3 cenggini...Maaf la ye,klu de salah tu faham je la,coz bm kita agak la merosot...

Friday, August 10, 2012

rindu itu indah..
cinta itu bahagia..
kasih itu berpanjangan..
percaya menjadi kekuatan
setia pengikat segalanya
ikhlas menjamin sebuah penyatuan


Wednesday, August 1, 2012

Kepiluan hati seorang Ibu yang ditinggalkan

duhai anak..
bila kau gembira...
mengapakah bukan ibumu yang terlebih dahulu dikhabarkan tentangnya
tetapi si dia yang k0nonya mata air mu
di waktu kecilmu bila ada sahaja khabar gembira
pasti ibumu yang terlebih dahulu dikhabarkan tentnangnya..


duhai anak..
siapakah yang menemanimu di kala duka
yang pasti..
jawapanmu pasti IBUku..
kerna hanya ibumu yang lebih mengerti dan mengenali dirimu
mengapa bukan dirinya si buah hatimu..


tika kau menangis...
ibumu jua yang memujukmu..
ibumu jua yang mengesat air mata itu
kerna baginya
air mata ini mahal harganya wahai anakku..
jangan kau bazirkan dengan menangisi apa yang terjadi
jangan kau hiraukan dengan kata-kata dari lidah petualang
kerna hanya diriku yang tahu siapa dirimu
hanya diriku yang mengenali hati budimu
kerna sesungguhnya aku ibumu..


duhai anak..
mengapa kau tinggalkan ibumu itu..
tika dia perlukan kamu..
tika dia mahukan kasih dan perhatianmu..
mengapa kau tinggalkan ibumu itu..
mengapa kau biarkan ibumu bersedih..
mengapa tidak kau hentikan tangisan itu..
namun tidak kau hiraukan..
bahkan dirimu penambah derita buatnya..


duhai anak..
ingatlah aku ini..
aku ibumu...
mengapa kau tinggalkan diriku..
mengapa tidak kau belai aku...
jagakan makan dan minumku...
tiadakah erti buat diriku bagimu wahai anakku
adakah aku langsung tiada nilainya dalam hidupmu..


mengapa tika kecilmu..
ku redahi semuanya...
ku lakukan semuanya untukmu..
cukup makan pakaimu..
ku cuba penuhi semua permintaanmu..
namun mengapa kini ini balasanmu..
ku tidak mengharapkan nilai matawang dirimu..
ku hanya inginkan perhatian dan kasih darimu..
wahai anakku..


jawablah pertanyaan ini..
adakah aku terlalu hina bagimu..
adakah aku sampah buatmu...
kerna sesungguhnya tempatku disisimu wahai anakku
untuk aku menikmati hari tua yang masih berbaki
menghabiskan sisa hidup dengan sedikit rasa bahagia..
salahkah aku wahai anakku..
salahkah aku...

Monday, July 30, 2012

puisi jiwa

ku menunggu sebuah kepastian..
titik n0ktah bagi segalanya..
bilakah kan tiba detik itu..
ku terlalu letih..
lemas..lelah dan rimas...
rawan dihati usah diluahkan..
lara dijiwa kusimpul mati..
cukup hanya buat diriku...

aku letih dalam permainanmu..

aku lemas dan rimas denagan tingkah dan katamu..
mungkin kau bukan untuk diriku..
ku jua bukan untukmu..
jurang itu terlalu besar..
semakin hari semakin luas..
menjarak dan terus menjarak..

bagai lorong gelap yang semakin gelap..

entah mengapa kisah kita begini..
ku tidak tahu dimana silapnya
akukah yang terlalu menduga...
atau dikau yang terlalu lemah..
dalam mengharap kasih kita..

Saturday, July 14, 2012

kebahagian se0rang ibu tua


tersenyum ibu tua itu

melihatkan kelibat anaknya yang dirindui

pulangnya  si anak membawa seribu erti..

tidak perlu untuk dinyatakan

namun cukup hanya dengan senyuman manis si ibu 

membuktikan rindu yang terubat

duhai anak...
tidak perlu buah tangan..
cukup hanya dengan peluk cium dan kasihmu
sebagai tanda ingatan..
bahawa ibumu sentiasa di hati
 

tidak perlu perhiasan yang mahal beribu-riban
cukup hanya dengan layanan mesra dan tutur katamu yg lembut
cukup hanya dengan peribadi mu yang el0k
cukup hanya dengan perilakumu yang indah
tanda kejayaan dirinya dalam mendidikmu


duhai anak...

ingatlah akan ibumu itu

hiasilah wajahnya dengan senyuman

hiasilah hidupnya dengan kegembiraan..

tidak perlu harta dan duit menimbun..

kerna semua itu tidak membawa makna

kerna semua itu tidak mampu untuk membeli hati dan perasaannya

tapi ingatan dan perilakumu itu yang mengubat hatinya..

yang membahagikan dirinya...




Saturday, June 16, 2012

Hari Bapa Pertama Tanpa Ayah Tersayang

hurm.....x tahu la camne nak gambarkan rasa hati ni..berbaur2...bercampur aduk tapi lebih kepada sayu, terkilan, sedih sebab x sempat nak balas jasa ayah dan x sempat nk bahagiakan ayah dahulu....



Tipu la klu cakap xde rasa langsung bila teng0k kawan2 ada dengan ayah, teng0k ikatan kemesraan yang terjalin di antara ayah dan anak...memang aku terasa sangat kehilangan ayah....

ni baru hari bapa,aku dah rasa sayu,walaupun dah x menitiskan air mata lagi dah sebab dah b0leh terima hakikat sebuah kehilangan...

Entah macam mana la bulan puasa dan raya akan datang yang memang dah x lama lagi dah...Harap sangat2 aku cukup kuat tahan air mata dan sume tu dr mengalir depan mak n keluarga yang lain sebab x nak buat d0rang rasa sedih..memamng raya tahun ni tradisi tu dh berubah la..sebab dah xde ayah dah...dah x b0leh nk g0sok baju ayah dah..tahun ni g0sok bju sendiri, mak dengan baju adik je la...air pun pagi2 dah xde la nak rushing buat dan siapkan macam sebelum2 ni...

x kisah lah..yang penting Kak Teh janji dengan AYAH yang kak teh akan cuba dan berusaha semampu yang terdaya untuk tunaikan janji kak teh pada ayah tuk berjaya dalam pendidikan, kerjaya dan kehidupan...untuk ubah masa depan keluarga kita...Insya'ALLAH, mudah-mudahan kak teh akan berjaya tunaikan sume ni..aaminnn...

Kak teh sayang dan rindu sangat2 dekat ayah.....

Monday, May 28, 2012

lara hatiku...



lara hatiku tak siapa yang tahu
gembiraku hanya diluaran..
senyuman yang terukir dalam kepahitan..
senyuman yang terukir hambar tiada manisnya..
aku maikn tenggelam
tenggelam dalam desakan arus kehidupan
hanyut dalam lautan emosi..

kuatkah aku untuk terus menongkah arus
kuatkah aku untuk terus teguh berdiri
kuatkah aku menghayun langkah ini
untuk terus menempuh semuanya..


Ya ALLAH Ya Rabb...
kuatkanlah hatiku dan diriku ini
sesungguhnya aku lemah dalam menghadapi dugaanMU ini..
aku sedar ini ujian buatku
namun aku masih dalam pr0ses penerimaan
masih belajar untuk menerimanya...

Sakit hati sakit jiwa sakit 0tak....

malam ni memang la saya rasa cam nak mengamuk,naik angin,panas je rasa...
dah la minta t0long saya beli n0vel,pastu bila suh bayar byk s0ngeh....hellll0000000............saya beli dengan harga penuh 0k....kalau rasa nk sgt p0tongan harga dan seangkatan dengannya t0long beli sendiri ye...
memang la saya menyesal bila buat kerja dengan hati yang ikhlas bertukar jadi tak ikhlas sebab perasaan geram.,marah,,sakit hati beraja di hati.....membuak-buak....lepas ni memang la x nak jd 0rg baik sangat t0long orang beli....

Tolong la weh...jangan tanya saya marah ke tak sebab memang saya marah bila benda macam ni jadi kat saya....dan apa yang dah jadi ni jadi pengajaran dekat saya jangan terlalu baik dengan '0rang' lain....

Friday, May 18, 2012

'tegur'

lama d0wh x jenguk bl0g ni...da bersarang da...tp mggu ni ad byk perkara yg jd...
hihihii...mggu ni jugak dh beberapa kali kna tegur,tuk kebaikan diri jga

1st berkenaan sambutan hr ibu...hihihi
" there is no mother's day once a year..yg buat mother's day hari nie org mane??kite ptot smbut tiap2 hari..bukan sekali seumur hidup""salah salah salah !! :p yg salah tetap salah,yelah mmg niat kene betol..tp nape xsmbt je hari laen..13may nie die smbt hari ibu tuhan (Mother of Jesus) kan?"

" nak celebrate takpa , tpi niat tu untuk ibu kita :) kadang2 manusia nie tak faham , HARI IBU yang bertarikh 13/5 adalh tarikh meraikan ibu TUHAN , kalau nak smbut , sambut la masa birthday ibu kita , apa susah , knpa nak gunakan tarikh ibu dewa untuk smbut hari ibu ? hari2 pun boleh pa belanja ibu kuar makan , gi shopping2 , buat video , tu semua terletak kat kita ja nak bt ke tidak , so fahamkan ap maksud HARI IBU yg dimegahkan oleh org kristian tu :) btw , saya syang mak saya , tak kira hari apa pun , sampai syurga saya sayang mak ♥"
mmg tergamam n diam je,x taw nk ckp ap sbb seyes mmg x taw pn sal bende ni. Papepun, thanks sgt2 pd yg tegur tu ,

2nd,Teacher's and Farewell party
Hepi sebab dpt raikan hr guru rmai2 lam satu batch,& suprised purty yg mmg dirancang oleh kit0rg.agak hav0c la msa 2 ,MUMMY kt0rg,iaitu lecturer yg bertindak sbg Ment0r & Incharge pd batch kt0rg mmg nmpk kecewa dan marah sgt sebab dh jd seni0r pn buat perangai gaduh cam bdak tadika...tp terkejut bla tetiba lampu 0ff,n bunyi lagu n vide0 terpasang..bla igt blk mmg klakar la situasi tu,tp sedih bla tgk vide0 sepanjang 2 thn bersama.

3rd,sal myself
"
suka A**...dr dulu lg,as fren lh..." then "tp mmg sy suka bila awk  dh jd diri awk semula n better lg...x mau jd mcm dlu lg..sy x suka, x suka bila awk jd diam bisu. ".
Mmg sy mengaku yg saya bukan diri saya dalam beberapa bulan ni,selepas ap yg dh jadi sebelum ni,tp Alhamdulillah,syukur sgt2 saya dh semakin pulih dgn s0kongan & dorongan dr kawan2 yang x pernah berhenti tuk memberi semangat.


Minggu ni jgk bertugas tanpa enti bermula dr hr rehearsal n bersambung bersiaran selama 2 hari berturut-turut utk Karnival Kesihatan dan Kecantikan  sempena sambutan hr JURURAWAT peringkat kolej. Mmg fun sgt2 dgn kwn2 DJ yg lain,dan pastinya semangat satu MALAYSIA yang saling membantu n menyokong antara satu sama lain amatlah dirasai dgn susah payah dan gelak ketawa dan gurau senda yang sentiasa menghiburkan hati disamping lagu2 yang keudara tanpa henti...

Friday, April 6, 2012

hihihih...da lama sgt x jenguk,da bersawang daaa... =D

akhirnya,dah habes dh mggu orang yang amat padat dan memenatkan dgn midterm exam, asignment n presentation aka OP....n im s0 hepi wen i did my best f0r my grup member even presented it n d0 it al0ne n yet g0t the c0mpliment fr0m others....hihihi

  Tapikan muka orang lam 3 mggu ni memang tr0ubles0me meyh...teruk sangat ke??....mcm mayat hidup k??.. or macam stup0r..beku macam ais,xde perasaan langsung..0rang lain lam kelas duk gelak ketawa bila ad lawak 0rang bleh juz senyum sumbing, 2 p0wn da macam kera sumbang x tahu pape..siap Miss tanya lagi am i 0kay or  n0t??..wut u feel rite n0w??is it the thing dat happen t0 u recently make u bc0me like diz??make u change s0 drastically??...did u still in grieving state due t0 loss of ur family member??...frenz p0wn xde yang berani nk cakap n tegur sangat c0z d0rg kata aku nampak x 0k n mcm messy sgt even mcam hanyut je...jasad je duk dgn d0rang tp hati n jiwa 2 xde..siap tukar tempat duduk lam kelas duk s0rang2 jauh terpisah dr my k0lony of frenz which is my ever best buddy f0rever n h0pe so...

 Yang paling orang x sangka bila 0rang yang paling rapat yg da macam my sis bleh cakap dye takut nk tanya sebab nampak 0rang mcam l0st sgt n x 0k langsung,sebab diri 0rang da hilang trus da x mcam dulu periang suka mengusik..nk tgk 0rang senyum pn susah.. padahal xde ape pn...
Bagi orang,0rang bleh je nk cerita, nk cakap sal kehilangan ayah tersayang asalkan jgn tanya satu s0alan je..wether im 0kay or not..c0z it'll make me be in silent m0de..huhuhu
teruk jgak ye bila pk balik..sampaikan miss b0leh detect perubahan orang,kawan2 sekelas sampai takut nk tegur...yang lagi lawak bila d0rang duk appr0ach n attack my c0lony of best buddy,tanya sal 0rang sampaikan d0rang x tau nk jawab ap bila 0rang jadi camtu cuma d0rang juz gitau yang kt0rang mmg x gaduh n xde masalah juz 0rang je yg perlu msa bersendiri sebab 0rang still duk terfikir n teringat sal arwah Ayah aka Encik Ahmad bin Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 10/03/2012  n jugak arwah Abang Faris.....

 F0r sure yes,0rang mengaku yang memang 0rang still x leh nak terima sepenunya kehilangan se0rang ayah lam hidup 0rang,orang tau setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya, ALLAH SWT... tapi orang mengaku yang memang susah tuk lalui sume tu sebab selama ni ad ayah tetiba da xde n yang last ayah balik 0rang x sempat jupe pn sebab 0rang still kt Penang x balik lagi..0rang mengaku 0rang fail em0tional management even 0rang ad blajar sal psychology in nursing c0urse yang 0rang ambik skunk ni...
klu nak cakap 2 memang senang tapi bila dah merasa sendiri 2 ,memang terasa berat sangat n besar sangat ujian ni..nak2 bila seminggu lepas 2 0rang dapat tau 0rang hilang Atuk Saudara yang memang orang manja n rapat sangat dengan dye..

Tapi 0rang tau yang orang kena kuat sebab orang nak jadi orang yang berjaya ,yang bleh banggakan mak ayah even ayah da xde,0rang nk jadi se0rang nurse yang baik n bagus,yang bleh mendalami prasaan pesakit yang kehilangan..sebelum ni 0rang juz bagi nasihat tp orang x merasa sdr jd xde la terasa beratnya bebeanan kehilangan orang yang kita sayang,the m0st in da w0rld n memang xkan ad 0rang yg bleh ganti sampai bila2 pon..2 janji 0rang,0rang akan jadi lebih n lebih kuat untuk diri sendiri..tapi tuk jadi diri 0rang yang dulu mungkin mustahil la,0rang bleh jadi y0ung hepi g0-lucky gurl balik tapi xde la seperiang yang dulu tue la..da xde la usik2 macam dulu juz manja2 je ada la...hihihi n i h0pe s0..really h0pe dat i can achieve it,insya-Allah,..please pray f0r me yea... thanks sebab sudi bace luahan yang ntah pape ni.. ( <3 , <3 )

rawan di hati

ku rasa suramnya hidupku ini..
hilangnya dirimu merentap kekuatanku
perginya kamu membawa bersama semangatku
susahnya buatku menempuhnya
peritnya kurasakan untuk terus berdiri teguh
untuk terus mengharungi kehidupanku tanpamu..

sesungguhnya dirimu begitu bermakna buat diriku..
mendalamnya kasihmu membuatku terbuai manja
belainmu sebagai se0rang insan yang bernama ayah amatlah ku rindui

sekejapan cuma ku sempat meluangkan masa
rentetan perjalananku dalam menimba ilmu
merantau dari timur ke utara..
dalam tanggungjawab sebagai se0rang pelajar...

Ayah...
kehilanganmu amat besar kesannya dalam hidupku
pemergianmu ibarat sebuah tamparan yang kuat buatku
hinggakan aku hanyut dalam arus kedukaan..
hinggakan membuatku tenggelam dalam lautan kesedihan

Sesungguhnya dugaan ini amat besar buatku..
kehilanganmu merentap sebuah erti kebahagian
membawa separuh dari diriku pergi..
kehilanganmu menghilangkan sedikit daripada diriku yang sebenar..
kerna sesungguhnya aku kini tidak lagi seperti dulu..

pemergianmu mengajarkanku lebih mendalam
tentang sebuah erti ketabahan dalam menempuh kehidupan
Sesungguhnya kasihmu tiada berganti...
Kuakui ku sangat terasa dengan sebuah kehilangan ini
kerna ku rindukan kasih dan belaianmu
Sesungguhnya ku amat menyanyangimu...

Thursday, April 5, 2012

pg ni memang full dgn presentation,juz st0p recently f0r lunch break...huhuhu...rasanya patut x kalau saya merungut sebab penat la nk digest sume maklumat sal hydrochepaly,macro n microshepaly..the shunt,it type n everytg...nursing interventi0ns dat i need t0 implement when clinical practice during p0sting..

Agaknya dapat x saya igt sume tu...huhuhu dat means i need t0 d0 revisi0n n study on it t0 make sure it will stick in my small sweet brain...

ptg ni my turn lak tuk present bagi subject peadiatric nursing..huhuhu anthropometry..i need t0 remember the n0rmal range f0r each of the circumference..alhamdulillah,nseb baik la x complicated sgt bab ni

http://en.wikipedia.org/wiki/Anthropometry

Saturday, February 18, 2012

•❤• Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa •
•❤• Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji •
•❤• Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna • ..

• Hakikatnya...~ •

•❤• Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga •
•❤• Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga •
•❤• Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka •
•❤• Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT •
•❤• Dia juga MANUSIA •
•❤• Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama • ..

c0py paste but i really luv diz,it was s0 true

Thursday, February 16, 2012

hr plg teruk

x tahu knp,tp rasanya x salah klu nk luahkan prasaan dr pendam se0rang diri dan jadi b0m jangka yang hanaya menunggu detik ketika untuk meletuskan lahar kemarahan, kekecewaan, kedukaan dan kepahitan...

kadang2 aq sendiri x faham dgn kerenah pihak ***** ni , bla x bersuara pn kna ,bla bersua mkn teruk pulak hukuman yang diberi.. sampaikan aq rasa mcm hak kt0rg sbg insan dinafikan dan ditekan dgn karenaH BIROKRASI ,DISKRIMINASI...

Rasa2 cam patut x klu kt0rg adkn rev0lusi tuk membantah n menyauarakn hak kami... tp x akan mungkin berlaku,yg hanya akn berlaku adlh penindasan semata-mata

Tuesday, January 24, 2012

Sebuah Kehilangan :(


arwah Abg Mohd Faris Mohd Shaimi
Indahnya sebuah pertemuan namun diakhiri dengan sebuah perpisahan
benarlah bak kata pepatah..
setiap pertemuan pasti akab ada perpisahan..
kehilanganmu benar2 mengejutkanku....
terlalu pantasnya detik yang berlalu...
kau berlalu pergi meninggalkanku...
meninggalkanku buat selama-lamanya....
takkan mungkin kembali lagi....
terdetik rasa dalam hatiku di atas kehilanganmu
perit dan payah sekali untukku menerimanya...
menerima sebuah pemergian dan kehilangan..
pemergianmu...
membawa pergi semangatku...
membawa pergi sebuah kegembiraan..
kenangan bersamamu sepanjang detik perkenalan kita
akan kekal dalam ingatan...
sukar bagiku untuk menerima sebuah ketentuan ini..
namun ku pasrah dan reda..
sesungguhnya Dia lebih menyanyangimu...
ku harus lepaskan kau pergi...
biarpun berat buatku untuk melepaskanmu...
namamu kan kekal terpahat dalam hatiku...
kekal hidup dalam diriku..
kerna dirimu teramat istimewa buatku...
sem0ga dikau tenang bersemadi disana....
dicucuri dgn Rahmat dari-Nya
sem0ga amal ibadatmu diterima disisinya..
dan ditempatkan dalam kalangan 0rg2 yang beriman dan beramal s0leh.....
kanku igt kamu dlam d0aku...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين..
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ
غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Tuesday, January 3, 2012

cinta suci

sayangku...cintailah aku seadanya aku..
sayangilah aq kerna diriku,
kerna agamaku,akhlakku dan bicara akal buah fikiran......
hulurkan tanganmu dan pimpini aku........
kerna sesungguhnya aku adalah isan yang lemah....
lemah dalam meniti badai liku percintaan
agar ikatan yang terjalin kukuh seteguhnya berdiri megah Gunung Everest.....
sekuat susunan batu bata yang mengikat Temb0k China
agar kita tetap bersama dalam sebuah ikatan perkahwinan yg suci.........
besama bersatu agar dugaan mendatang dapat kita harungi dgn tenang dan tabahnya........
kerna dugaan itulah penguat kepada ikatan yang terjalin diantara kita......
agar kita kan terus dan tetap bersama selamanya dalam sebuah ikatan suci dibawah lembayung cinta........
kurniaan dari-NYA.......

Insya'Allah,aminnn....