pelangi..
indahnya kerana harmoninya himpunan warna
hadirnya selepas hujan..
dek biasan cahaya dan titisan air
berarak mendung berlalu..
menghadirkan sebuah kecantikan..
spektrum warna yang bisa membuatku terpaku
terpegun dan terbuai dalam keindahan..
terleka dengan keindahannya..
kekasih..
dikaulah pelangi hidupku
memberikan ku kebahagiaan biarpun sekejapan cuma..

nikmat kasih dan sayang
kau jua insan yang mengajarku tentang pelangi cinta
indahnya sebuah rasa, perasaan dan khayalan
kau jua yang menyedarkan aku akan sebuah hakikat
realiti dalam kehidupan..
kebenaran dalam kegelapan
cahaya dalam terang..
ribut dalam tenang
kerna dikaulah pelangi indah dalam hidupku
kerna sesungguhnya..
dirimu tidak tergapai olehku..
kerna dirimu terlalu jauh
terlalu jauh telah kau berlalu dari hidupku..
pergimu tanpa ku temui..
hadirmu hanya seketika..
kau berlalu pergi dariku tanpa jejak
menghilang bak pelangi indah itu

membawa sebuah harapan bagiku
yang pasti indah itu pasti ada
dan kan hadir selepas badai yang melanda
membuatku terbuai dan terbelai
dalam pelukan penuh kasih sebuah liku kehidupan
yg ni pon best...
ReplyDeleteterima kasih kak WC ,akan cuba buat yg lebuih baik dgn meseg n genre yang lain pula :)
ReplyDelete