Nuffnang Ads

Followers

scm music playlist

Tuesday, December 18, 2012

Insan


aku hanyalah seorang manusia biasa
yang ingin bergelar insan
bukan hanya manusia mahupun orang
kerna pengertian insan itu sendiri

aku tahu aku bukan yang terbaik
namun ku cuba menjadi lebih baik
ku cuba bawa diriku ke arah yang lebih baik
aku tahu banyak d0saku
aku tahu benyak kejahatan yang telah ku perbuat

namun demi menjadi seorang insan
aku cuba untuk berubah..
sedikit demi sedikit..
payah..
memang tersangat payah
kerna adakala aku goyah
aku cuba untuk terus istiqomah
namun kadangkala aku tergelincir
lari dari landasan itu

bila ku sedari ku tersalah arah
ku cuba banngkit kembali
dari mimpi indah yang menghanyutkan
kerna aku ingin berubah..

aku ingin diriku manjadi seorang manusia yang berguna
yang baik dari segala aspek
ayang layak untuk bergelar insan
bukan kerana aku ingin menonjolkan diri
tapi cukup buatku sendiri
kerna ku ingin menjadi seorang insan..
dan ku akan buktikannya...

Insya'Allah...
suatu hari nanti..
mudah-mudahan tercapai hendaknya
dengan Izin dari Yang Maha Esa
Ya Rabbul Izzati...

No comments:

Post a Comment