Nuffnang Ads

Followers

scm music playlist

Thursday, January 31, 2013

my page :) feel free to b visit,tp seyes ckp x byk lg p0st 

https://www.facebook.com/FariniaAdelia

puisi jiwa

ni lah jadinya bila bdaq ni bosan xde class...tgh tggu tuk cabut turn slide pre3sentation,sambil2 lepak2 
s0rry sebab mmg dh lama x msuk pape entry..tp buat msa sekarang puisi je yang sempat n bleh buat..cer2 tu sume akn disambung bla dh betul2 free nanti..maaf sangat2 :)


sayangku
jangan kau begitu
ku kan setia 
walau ku jauh
walau terpisah dek ruang waktu
terasing dek jangkauan
namun kau tetap dihati


tak perlu kau risau
kerna kau adalah jiwaku
tanpamu ku resah
tanpamu ku rindu
namun itulah pengorbananku
itulah jua pengorbanan kita


kau dan aku perlu mengutamakan yang lebih utama
kerna hanya dengan pendidikan
kita dapat pengubahnya
kau dan aku kan berjaya


itulah bukti cinta kita
cinta membuatkan kita kuat
kasih memberi semangat
rindu sebagai pendorong
setia megukuhkan hubungan
percaya mengcekalkan hati kita berdua
semoga semuanya menjadi milik kita
dengan redha dari-Nya ♥ :D

tetiba je mai mud angin jiwang yang x betul,hahaha...senget je daq ni kn

memories

Assalamualaikum dan selamat pagi...dah lama x apdate entry dalam blog ni,dh bersawang dah pn...
thn ni dari januari sampai la june nanti memang kurang la masa nak jenguk  n meng'update' tanah ni lantaran terlalu sibuk dengan final sem..sem ni memang terasa hectic-nya. Tekanan yang amat besar terutamanya daripada lecturer2 dan clinical instructor (CI) yang memang nak sgt2 tengok batch kitorang ni pass 100% Nursing Board Exam,evn kt0-rg ni largest batch,batch yg plg byk create prob,plg havoc n plg byk gelaran yg diberi...grup n0ty la katakan..kt0rg x jahat cuma nakal tu tetap ada,sebab tanpa kenakalan kt0rg xkn hepi n senyum n ketawa bersama sepanjang 2 thn 1 bln ni..tggal 4 bln je lagi kita akn stay together in the class n practical in ward,after this all of us will move on,maybe part of uds will follow our senpai to work in overseas such as in Singapore n few other country..h0pe so...u guys will succeed, n we all we gain success in our education for this diploma level.


All the best n gud luck for our final sem , final and last OSCE for the third year, n final NBE...will miss u guys
n all of u will remain and stay deeply in my heart <3 uols :D

Wednesday, January 23, 2013

sebuah luka

sakitnya sebuah pengkhianatan
sesaknya rasa di dalam dada
bagaikan terhimpit dan dihimpit
ku terperangkap dalam ruang rasa yang pedih
bagaikan menjirus cuka ke garisan luka
peritnya terasa..
pedihnya bagaikan disiat-siat

kenapa mesti dikhianati janji itu
sekiranya kau tidak yakin untuk berjanji
mengapa mesti kau berjanji
jika engkau x bisa menunaikannya

mengapa harus kau meluahkan kata 
namun hanya mengguris perasaanku
menyimbah air garam ke luka dihatiku
menambah keperitanku

tidak usahlah dikau memujukku
jika hanya dengan niat untuk menambah dukaku
tidak perlu kau pinta kemaafan
tika hatiku jatuh berderai
kala hancur dimamah rasa

Tuesday, January 22, 2013

Salahkah Aku

aku tertanya-tanya...
mengapa harus ada yang mempers0alkan
mengapa harus ada manusia yang menghina
memandang benci 
memandang hina pada insan sepertiku

salahkah aku
aku hanyalah insan biasa
se0rang insan..
bukan hanya manusia mahupun orang
mengapa tidak kau fahami
cubalah untukmu selami hatiku..

aku sedih
aku kecewa
kadang-kala marah menyemarakkan api
mencairkan sebuah kesabaran
membakar sebuah perasaan

menghancurkan sekeping hati

namun apakah yang harus ku lakukan
tunjukkan daku arahnya
bukan hanya mempersoalkan dan menghinaku
ku hanya bisa mmendiamkan diri

bukan tidak pernah ku nyatakan
bukan tidak pernah ku luahkan
menyembunyikan jua tidak
namun tiada yang mengendahkannya
tiada yang peduli tentang itu


dan ianya terus..
terus dan terus berlaku
berulang-ulang kalinya
ku harap aku terus kuat
tabah dan tenang mengharunginya


sungguhpun aku kadangkala tersungkur jatuh
tersembam dalam dasar perasaan
hanyut dalam lautan rasa
tenggelam dalam keperitan
namun ku tahu ku punya DIA
Yang Maha ESA
yang menerima semuanya dan maha menyanyaniku..
:)

luahan ni utk se0rg teman yang meluahkan apa yg dilaluinya...sedih,marah dan kecewa namun dye hanya mampu menangis n menahan semuanya..kadangkala ad ketika dia rebah dalam arus gel0ra perasaan sendiri,hanyut dalam lautan perasaan lantaran rasa ketidak puas hatian dan hasad dengki

Kak Ins sayang , I luv u s0 much... <3

sesiapa yang perasan,puisi ni pernah di post di wall fbku 

Friday, January 11, 2013

Ku tanam sayang
ku baja dengan cinta
ku suburkan dengan siraman setia
ku kukuhkan dengan rasa percaya
namun haruskah aku disakiti

ku tanam rinduku
agar cinta kita mekar mewangi 
ku akui ada cemburu
namun tidak perlu untukku tunjukkan

bukan ku tak sayang
namun ku tak pandai berekspresi
ku tak pandai
namun bagiku cinta dan perlakuan ku hanya untuk yang halal

sungguhpun begitu ku tidak meminta untuk tidak dihargai,
ku tidak ingin dikhianati...
kerna ku tak ingin menkhianati
Akhir skali ku tanam bom biar sume mati...