Nuffnang Ads

Followers

scm music playlist

Wednesday, August 1, 2012

Kepiluan hati seorang Ibu yang ditinggalkan

duhai anak..
bila kau gembira...
mengapakah bukan ibumu yang terlebih dahulu dikhabarkan tentangnya
tetapi si dia yang k0nonya mata air mu
di waktu kecilmu bila ada sahaja khabar gembira
pasti ibumu yang terlebih dahulu dikhabarkan tentnangnya..


duhai anak..
siapakah yang menemanimu di kala duka
yang pasti..
jawapanmu pasti IBUku..
kerna hanya ibumu yang lebih mengerti dan mengenali dirimu
mengapa bukan dirinya si buah hatimu..


tika kau menangis...
ibumu jua yang memujukmu..
ibumu jua yang mengesat air mata itu
kerna baginya
air mata ini mahal harganya wahai anakku..
jangan kau bazirkan dengan menangisi apa yang terjadi
jangan kau hiraukan dengan kata-kata dari lidah petualang
kerna hanya diriku yang tahu siapa dirimu
hanya diriku yang mengenali hati budimu
kerna sesungguhnya aku ibumu..


duhai anak..
mengapa kau tinggalkan ibumu itu..
tika dia perlukan kamu..
tika dia mahukan kasih dan perhatianmu..
mengapa kau tinggalkan ibumu itu..
mengapa kau biarkan ibumu bersedih..
mengapa tidak kau hentikan tangisan itu..
namun tidak kau hiraukan..
bahkan dirimu penambah derita buatnya..


duhai anak..
ingatlah aku ini..
aku ibumu...
mengapa kau tinggalkan diriku..
mengapa tidak kau belai aku...
jagakan makan dan minumku...
tiadakah erti buat diriku bagimu wahai anakku
adakah aku langsung tiada nilainya dalam hidupmu..


mengapa tika kecilmu..
ku redahi semuanya...
ku lakukan semuanya untukmu..
cukup makan pakaimu..
ku cuba penuhi semua permintaanmu..
namun mengapa kini ini balasanmu..
ku tidak mengharapkan nilai matawang dirimu..
ku hanya inginkan perhatian dan kasih darimu..
wahai anakku..


jawablah pertanyaan ini..
adakah aku terlalu hina bagimu..
adakah aku sampah buatmu...
kerna sesungguhnya tempatku disisimu wahai anakku
untuk aku menikmati hari tua yang masih berbaki
menghabiskan sisa hidup dengan sedikit rasa bahagia..
salahkah aku wahai anakku..
salahkah aku...

No comments:

Post a Comment