kebahagian se0rang ibu tua
tersenyum ibu tua itu
melihatkan kelibat anaknya yang dirindui
pulangnya si anak membawa seribu erti..
tidak perlu untuk dinyatakan
namun cukup hanya dengan senyuman manis si ibu
membuktikan rindu yang terubat
duhai anak...
tidak perlu buah tangan..
cukup hanya dengan peluk cium dan kasihmu
sebagai tanda ingatan..
bahawa ibumu sentiasa di hati
tidak perlu perhiasan yang mahal beribu-riban
cukup hanya dengan layanan mesra dan tutur katamu yg lembut
cukup hanya dengan peribadi mu yang el0k
cukup hanya dengan perilakumu yang indah
tanda kejayaan dirinya dalam mendidikmu
duhai anak...
ingatlah akan ibumu itu
hiasilah wajahnya dengan senyuman
hiasilah hidupnya dengan kegembiraan..
tidak perlu harta dan duit menimbun..
kerna semua itu tidak membawa makna
kerna semua itu tidak mampu untuk membeli hati dan perasaannya
tapi ingatan dan perilakumu itu yang mengubat hatinya..
yang membahagikan dirinya...
No comments:
Post a Comment