Nuffnang Ads

Followers

scm music playlist

Monday, December 10, 2012

Tangisan dan rintihan hatiku


apakah salahku...
sesungguhnya ku tidak pinta jadi begini
ku tidak menginginkannya
namun ku terima semuanya..
ku terima seadanya..
ku redha dengan ketentuannya

aku lahir dengan kelainan
kekurangan yang besar
berbeza dari insan lain
namun itu bukan pintaku

ku relakan semuanya
ku telan semua rasa itu
keperitan dan kepahitannya
cukuplah...
aku sedar akan kenyataan itu
aku bukan di alam fantasi
ku tahu itu adalah realiti
sebuah hakikat yang pasti

namun bagiku itulah takdir terindah..
aku masuh disini
masih bernafas di bumi indah ini
biarpun ku terpaksa menempuhi onak duri

salahkah aku??..
aku juga insan biasa
punya hati dan perasaan
tidak perlulah aku dicemuh dan dihina
hanya kelemahan diriku..
tidak jua ku perlukan simpati itu
cukup cuma ajari aku
ajari aku menjadi insan berdikari


pedih dan pahit itu terpaksa kutelan
kadang-kala ku tidak bisa mengempang rasa itu
lantaran terlalu bisa
menyengat dan mengguris luka yang dalam di hatiku
namun ku redha dengan ketentuannya

kerna sesungguhnya Ya Rabb lebih mengetahui
yang mana terbaik buatku
ku bersyukur dengan kurniaan-NYA
kerna ku tahu ini adalah jalan untukku

aku adalah aku
dan akan tetap terus begini
ku tahu kelemahanku
tidak perlulah kau hina

cukuplah dengan hanya sedikit empati
kerna aku adalah anak istimewa
anak yang dilahirkan dengan
sebuah kecacatan fizikal n mental
ku adalah anak cerebral palsy
lebih mudahnya aku terencat akal

bukan salah ibuku..
bukan jua salah ayahku...
namun ianya ketentuan terindah buatku
takdir terpilih buatku yang istimewa
terima kasih Tuhan di atas kurniaanmu ini..

pelangi indah sementara cuma



pelangi..
indahnya kerana harmoninya himpunan warna 
hadirnya selepas hujan..
dek biasan cahaya dan titisan air
berarak mendung berlalu..
menghadirkan sebuah kecantikan..
spektrum warna yang bisa membuatku terpaku
terpegun dan terbuai dalam keindahan..

terleka dengan keindahannya..

kekasih..
dikaulah pelangi hidupku
memberikan ku kebahagiaan biarpun sekejapan cuma..

mengurniakan aku sebuah cinta
nikmat kasih dan sayang

kau jua insan yang mengajarku tentang pelangi cinta
indahnya sebuah rasa, perasaan dan khayalan
kau jua yang menyedarkan aku akan sebuah hakikat
realiti dalam kehidupan..

kebenaran dalam kegelapan
cahaya dalam terang..
ribut dalam tenang
kerna dikaulah pelangi indah dalam hidupku

kerna sesungguhnya..
dirimu tidak tergapai olehku..
kerna dirimu terlalu jauh
terlalu jauh telah kau berlalu dari hidupku..
pergimu tanpa ku temui..


hadirmu hanya seketika..
kau berlalu pergi dariku tanpa jejak
menghilang bak pelangi indah itu
namun hadirmu membawa erti baru
membawa sebuah harapan bagiku

yang pasti indah itu pasti ada
dan kan hadir selepas badai yang melanda
membuatku terbuai dan terbelai 
dalam pelukan penuh kasih sebuah liku kehidupan

puisi hidupku...

kau hadir dalam hidupku..
membawaku ke satu sisi yang lain dalam hidupku
hadirmu bagaikan cahaya..
menyuluh hidupku..
membimbing dan mendidikku...
dalam mengenal apa itu ertinya sebuah cinta..
apakah itu kasih dan sayang..


kau jua yang mengajarku tentang rasa itu..
indahnya sebuah kerinduan,
peritnya sebuah penungguan,
namun buah kesabaran itu pastinya hadiah terindah buat kita


kau jua mengajarkan ku tentang hakikat sebuah kehendak..
yang hadir dalam diriku lantaran sebuah ketamakan
menghadirkan perasaan ingin memiliki dan dimiliki 
namun hanya dengan redha dan pasrah
barulah ianya kan tergapai..
meskipun sekiranya kau dan aku terpisah jauh..


lantas menyedarkanku tentang sebuah hakikat

realitinya sebuah kehidupan
tidak semuanya indah..
dan tidak semua kan kumiliki 
andai hanya itu j0doh kita..
andai tidak tersurat buat kita..

sekiranya itu kisah tertulis buat kita
janganlah kau mahupun aku membenci 

mahupun menyimpan dendam kesumat dihati..
tanamkan sebuah keikhlasan tuk melepaskannya pergi..


kerna ianya merupakan sebuah dendam kehidupan yang terindah..
lara yang terubat dengan kemanisan..
kedukaan yang membuahkan sebuah kemanisan..

kerna kau tetap engkau..
dan aku tetap diriku..
hadirnya mungkin hanya sebuah persinggahan..

bagai si musafir yang menghentikan pengembaraannya buat seketika..
bagi melepaskan lelah dan sesak yang timbul
lewat kepenatan dek melalui perjalanan yang panjang..


mungkin jua ianya sebuah perhentian yang kekal abadi
berlabuh di pelabuhan kasih yang tiada bertepian
di dalam redha Tuhan
dengan sebuah ikatan bahagia yang sah
dimulai dengan sebuah lafaz yang mengangkatku menjadi ratumu
namun di bawah lembayung barakah Yang Maha Esa

In Shaa Allah..
mudah-mudahan inilah kisah kita
kisah yang tercipta diantara kita...
m0ga ianya kekal menjadi milik kita :)

Saturday, December 8, 2012

pembunuh hati

mengapa harus ku tangisi
mengapa harus mutiara jernih itu menitis kernamu
mengapa aku harus merasainya
Ya Allah..
sakitnya dan peritnya sebuah pengkhianatan..
kenapa aku yang harus menjadi mangsa

dimanakah keperimanusiaanmu itu...
kepedihan itu merenggut sebuah kegembiraan..

kedukaan itu menenggelamkan sebuah kebahagiaan..
menghanyutkan aku ke sebuah daerah asing

kesakitan itu menusuk qalbuku
kesengsaraan itu membunuhku..
kepiluan itu bagaikan sembilu..
menghiris dan menikamku berkali-kali..
sememangnya kau membunuh hatiku..
tahniah buatmu
kau selayaknya digelar pembunuh cinta dan rasa dihatiku
pembunuh hati wanita..
peragut cinta..

Friday, September 28, 2012

sebuah rasa itu part 1

mungkinkah kan berubah,sebuah rasa itu..
hanya kerana itu pilhanmu..haruskah aku meredahinya...~~~ nk tggu sampai part ni lambat lagi la..c0z part satu ni juz k0ntot je,intro sal Ayra ni je


--------------------------------------------------------------------------------------


"Khayra...uitss,Ayra bangun la.Hang tak kerja ke hari ni Ayra?.
"Nina,aku x kerja hari ni.Aku kan kna kerja double shift semalam,nasib baik la hari ni day off aku.Aku tak larat sangat dh ni,nak tido"jawabku kepada Nina. Nur Hanina Qalesya ni housemate aku,umur dia baru je 25 tahun,belum berpunya,S&A..hehehe ade sape-sape nak jadi encik hubby Nina tak?. hahah dan dan je ye kau Ayra,sempat lagi menyimpang tuh. 

"Awat tak habaq kat aku Ayra,aku mana tau.Tak pe la,hang tido je la.Jangan lupa makan lak no..aku dah masak nasi goreng,nanti makan la"."Alamak..Ayra,aku dh lambat ni,aku p dula la na..mau mengaum cik singa sorang tu,dahla garang terlebih makan cabai k0t tu yang duk panas je..kbhaiiiii,assalamualaikum", kata Nina.

"Hahaha....naseb kau la Nina,ok wa'alaikumussalam, take care and drive safely my dear",balasku kepada Nina.


Lupa lak aku nak kenalkan dri aku ni..Ceeewaaaaaaaaaahhhhh,macam la aku ni femes sangat.Khayra Zafreena Batrisya nama yang atuk aku bagi,canggihkan??..Ape ingat orang dolu-dolu tak taw nak bagi nama canggih dan sedap je jadi halwa telinga???...Silap la k0rang kalau fikir camtu,atuk aku semp0i je bagi nama ni kat aku,kan Tuk Pa??..saaayaaaaaaaaaaang Tuk Pa.Rindu la pulak aku kat Tuk Pa . Takpe Tuk Pa,nantikan cucumu yang comel ni balik ye,Raya Haji ni Ayra balik..


Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa lak aku keje siap double-double shift  bagai kan??..Aku ni keje biasa2 je,orang pun tak nak hadap aku . Siap benci lagi ade la, nak-nak budak kecik coz salalu je nak cucuk korang kan,paksa korang makan ubat la . Aku ni nurse je pun . Jeerrr??.. yo yo ooo je kau ni Ayra , sekurang-kurangnya ade juga kerja. Ingat senang ke nak keje jadi misi ni,belajar pun bagai nak rak. 


ok,enough story morry sal aku ni,karang korang bosan lak...("mata ke atas,tangan didada") . Jom sambung tido...ZZZzzzzz...



--------------------------------------------------------------------------------------------------


kn dh cakap kontot je,jangan marah naa...kita buat sikit je dulu,lagipun kita dh berkarat la...dh lama x wat n3 cenggini...Maaf la ye,klu de salah tu faham je la,coz bm kita agak la merosot...

Friday, August 10, 2012

rindu itu indah..
cinta itu bahagia..
kasih itu berpanjangan..
percaya menjadi kekuatan
setia pengikat segalanya
ikhlas menjamin sebuah penyatuan


Wednesday, August 1, 2012

Kepiluan hati seorang Ibu yang ditinggalkan

duhai anak..
bila kau gembira...
mengapakah bukan ibumu yang terlebih dahulu dikhabarkan tentangnya
tetapi si dia yang k0nonya mata air mu
di waktu kecilmu bila ada sahaja khabar gembira
pasti ibumu yang terlebih dahulu dikhabarkan tentnangnya..


duhai anak..
siapakah yang menemanimu di kala duka
yang pasti..
jawapanmu pasti IBUku..
kerna hanya ibumu yang lebih mengerti dan mengenali dirimu
mengapa bukan dirinya si buah hatimu..


tika kau menangis...
ibumu jua yang memujukmu..
ibumu jua yang mengesat air mata itu
kerna baginya
air mata ini mahal harganya wahai anakku..
jangan kau bazirkan dengan menangisi apa yang terjadi
jangan kau hiraukan dengan kata-kata dari lidah petualang
kerna hanya diriku yang tahu siapa dirimu
hanya diriku yang mengenali hati budimu
kerna sesungguhnya aku ibumu..


duhai anak..
mengapa kau tinggalkan ibumu itu..
tika dia perlukan kamu..
tika dia mahukan kasih dan perhatianmu..
mengapa kau tinggalkan ibumu itu..
mengapa kau biarkan ibumu bersedih..
mengapa tidak kau hentikan tangisan itu..
namun tidak kau hiraukan..
bahkan dirimu penambah derita buatnya..


duhai anak..
ingatlah aku ini..
aku ibumu...
mengapa kau tinggalkan diriku..
mengapa tidak kau belai aku...
jagakan makan dan minumku...
tiadakah erti buat diriku bagimu wahai anakku
adakah aku langsung tiada nilainya dalam hidupmu..


mengapa tika kecilmu..
ku redahi semuanya...
ku lakukan semuanya untukmu..
cukup makan pakaimu..
ku cuba penuhi semua permintaanmu..
namun mengapa kini ini balasanmu..
ku tidak mengharapkan nilai matawang dirimu..
ku hanya inginkan perhatian dan kasih darimu..
wahai anakku..


jawablah pertanyaan ini..
adakah aku terlalu hina bagimu..
adakah aku sampah buatmu...
kerna sesungguhnya tempatku disisimu wahai anakku
untuk aku menikmati hari tua yang masih berbaki
menghabiskan sisa hidup dengan sedikit rasa bahagia..
salahkah aku wahai anakku..
salahkah aku...